Dendam Gelaran “Al Juburi”, Mat Sabu Mangsa Gerakan Sulit Anwar Ibrahim?

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata kontroversi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung rakaman perbualan yang mengghairahkan dengan wanita yang bernama Normah hari ini tidak mustahil dilakukan oleh tangan-tangan ghaib Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau berdasarkan segala pengalamannya semasa berada di dalam lingkungan rakan-rakan Anwar sebelum ini, tidak mustahil perkara itu dilakukan kerana manusia yang bernama Anwar itu sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya.

“Saya tidak tuduh beliau terlibat tetapi kemungkinanya ada kerana pengalaman saya sebelum ini membuatkan saya terlintas tidak mustahil perkara itu berlaku. Saya katakan begitu kerana ada beberapa asas.

“Pertamanya mungkin dendam lama Anwar terhadap Mat Sabu yang pernah menggelarkannya dengan “aljuburi” sewaktu Ketua Umum PKR itu berada di dalam UMNO. Keduanya Anwar mungkin melihat ini adalah masa terbaik untuk beliau mengalihkan rakyat daripada mebicarakan soal beliau yang terpalit dengan beberapa kes skandal.

“Saya tidak mahu tuduh yang bukan-bukan tetapi seperti yang saya sebut tadi, melihatkan pelbagai isu yang mula melingkari Mat Sabu hari ini, terlintas di fikiran saya mungkin ada tangan-tangan ghaib yang melakukan kerja sedemikian,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu terbaru yang melibatkan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu berhubung rakaman perbualan yang mengghairahkan antara Mat Sabu dengan wanita yang bernama Normah.

Sebelum ini keluar isu lama yang melibatkan kes khalwat Mat Sabu di Hotel Perdana di Bilik 121.

Fairus seterusnya tidak menolak kemungkinan Anwar sanggup mengkhianati Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat seandainya mereka menjadi penghalang kepada cita-cita politiknya.

Sebab itulah ujar beliau rakan-rakan lama Anwar telah meninggalkannya dan yang tinggal hari ini adalah mereka yang ada kepentingan sendiri.

“Bayangkan rakan-rakan lama yang sebelum ini berjuang bersama pun lari meninggalkan beliau kerana dikhianati. Sebab itu hingga ke hari ini saya masih tidak berputus asa untuk mengajak rakan-rakan yang lain berpijak di bumi nyata dan belum terlambat sebelum dikhianti oleh Anwar.

“Saya sudah bertekad akan menentang habis-habisan pembohongan Anwar dan akan memastikan rakyat tahu siapakah manusia yang bernama Anwar Ibrahim,” katanya. -MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment