Menteri
Pertanian dan Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar akan menyaman wakil rakyat DAP Sekinchan dan kerajaan
Selangor kerana mendakwa beliau melesapkan wang insentif petani RM110 juta.
Timbalan
Pengerusi Umno Selangor itu berkata,
peguamnya akan menyaman Ng Suee Lim sebanyak RM10 juta.
Kata
Noh, beliau menyaman kerajaan Selangor kerana akhbar Selangorkini
milik kerajaan negeri membuat tuduhan
sama.
Selangorkini,
katanya menggunakan wang rakyat dan
diedarkan di masjid mengatakan petani medesak beliau meletak jawatan.
`Asyik
nak buat fitnah’
“DAP
menyalak boleh lah, dia menyalak, bawa sepanduk, dia kumpul 5-6 orang,
buat fitnah, dia kata saya lesapkan RM110 juta.
“…dia
kata saya lesapkan RM110 juta, saya dah terangkan dalam parlimen dengan panjang
lebar tetapi DAP Sekinchan boleh jadi dia pekak dia tidak dengar apa saya
terang.
“Dia
tuduh saya lesap RM110 juta, saya kata tunggu, peguam saya akan hantar surat
saman minggu depan.
“Saman
saya dah siap, peguam saya akan hantar pada wakil rakyat Sekinchan ini. Saya saman tak banyak RM110 juta cukup lah.
Ini kena ajar wakil DAP dia asyik nak
buat fitnah tak habis-habis” katanya ketika berucap dalam program bersama
rakyat di Sungai Besar Sabtu lalu.
Noh
menegaskan, DAP tidak perlu mencampuri urusan nelayan kerana beliau sendiri
yang akan menguruskannya.
“Dia
nak jadi juara kepada nelayan, apa DAP boleh buat nak bela nelayan?
“Masalah
nelayan DAP Sekinchan tak payah cakap pandai, (wakil rakyat) DAP Sekinchan, Ng
Suee Lim boleh balik tidur kerana hidup mati saya ditentukan oleh pesawah,”
tambah beliau.

0 Komen
Post a Comment