KENYATAAN MEDIA
AHMAD NAJME BIN MUHAMMAD
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Bekas Polis Kementerian Dalam Negeri
Alhamdulillah......
1. Jabatan Hal Ehwal Bekas Polis (JHEB) akan melaksanakan pembayaran saguhati khas RM 3,000.00 kepada lebih 70,000 orang bekas Polis yang layak, melibatkan perbelanjaan peruntukan Kerajaan sebanyak RM 218,670,000.00.
2. Proses pembayaran terhadap mereka ini sedang dilaksanakan secara berperingkat bermula awal Februari 2012 yang lalu.
3. Jabatan ini akan menyelaraskan proses pembayaran serta mengesan dan menghubungi bakal penerima dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) khususnya bagi mereka yang tinggal atau menetap di kawasan pedalaman.
4. Bakal penerima boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini dengan menghubungi pegawai Jabatan ini di talian seperti berikut:
i. Puan Hazlin binti Selamat - 03 - 8886 8582
ii. SUPT MD Suhaimi bin Ab. Rahman - 03 - 8886 3418
iii. ASP Mohd Faizal bin Razali - 03 - 8886 3416
iv. Encik Mohd Afandi bin Mohd Isa - 03 - 8886 8395
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 Komen
Post a Comment